Sebuah Perkongsian

Hasil Karya Abu Muhammad Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha

  • Selamat Datang ke Blog Saya. Semoga Sebuah Perkongsian ini memberi manfaat kepada kalian semua. Semoga berguna di dunia dan di akhirat

    Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Ini

Langkah Pencegahan H1N1 di UTP

Posted by Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha On 2:55 PTG 2 komen

Oleh: A. Humaizi

Semalam, saya mendapat berita tentang beberapa orang sahabat-sahabat saya telah dikuarantin kerana disyaki mengidap H1N1 dan pada petangnya pula, mak saya yang merupakan seorang Ketua Jururawat di Hospital Seri Manjung menelefon saya untuk memberi tahu tentang satu kes pelajar UiTM yang sedang bercuti telah pengsan di pasaraya Billion dan pelajar berkenaan telah disahkan mengidap H1N1 dan dimasukkan ke Hospital Seri Manjung.

Begitulah kes-kes yang terjadi di sekitar saya. UiTM Seri Iskandar telah ditutup kerana penularan wabak ini begitu juga kampus-kampus yang lain.


Pada pendapat saya, jika sesuatu kampus itu telah dilanda wabak ini, pelajar-pelajarnya tidak sepatutnya diberi kelepasan untuk pulang ke rumah kerana dikhuatiri mereka boleh menjadi ajen penyebaran penyakit ini kepada masyarakat di luar kampus. Itulah yang berlaku kepada pelajar UiTM seperti saya sebutkan di atas. Mereka sepatutnya tinggal di rumah, tetapi kerana tiadanya pengawasan yang ketat, maka mereka bebas ke sana sini yang akhirnya menyebabkan orang ramai gelisah bila mendapat berita pesakit H1N1 berada di sekitar mereka.


Disebabkan itu, jika sesuatu tempat itu dilanda wabak penyakit yang berjangkit, kita seharusnya menyekat orang yang berada di luar untuk masuk ke kawasan berpenyakit dan juga, orang yang di dalam kawasan berpenyakit tidak dibenarkan keluar dari kawasan mereka. Inilah yang disebut kuarantin.


Wallahua'lam mungkin perlu dikaji semula tindakan-tindakan pihak universiti yang membuat keputusan memberi kelepasan kepada pelajar-pelajar mereka bercuti ketika wabak ini menular di kalangan pelajarnya.


Universiti Teknologi PETRONAS


Kampus saya pun tidak terlepas dari penularan wabak ini, wallahua'lam entah berapa orang yang telah dikuarantin sebagai langkah penyekat penularan penyakit ini. Pihak pentadbiran universiti telah menyediakan satu asrama khas bagi pesakit-pesakit supaya benar-benar diasingkan dari pelajar-pelajar lain dan mereka juga telah menyediakan makanan secara percuma kepada pesakit-pesakit berkenaan.


Alhamdulillah, pada hari ini, pihak universiti telah membekalkan warganya dengan topeng muka sebagai langkah pencegahan individu. Memang sesuatu yang menarik dan unik bila melihat ramai warga kampus memakai topeng berkenaan. Bila berada dalam kuliah, boleh kata semua pelajar memakai topeng. Kelihatan seperti kelas NINJA pula. Apa pun, syabas kepada semua warga kampus kerana mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pencegahan penyakit ini.


Penutup


Sebagai penutup, marilah sama-sama kita menginsafi apa yang melanda kampus kita pada hari ini. Ditambah lagi dengan jerebu yang berlaku sejak kebelakang ini. Semestinya ada sesuatu yang perlu kita mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.


Siapakah yang memberi penyakit? Dan siapakah yang menghilangkan penyakit? Semestinya Allah. Kenapa Allah menguji kita sedemikian rupa? Boleh jadi kerana banyaknya kemasiatan yang telah kita lakukan. Dan ujian-ujian ini merupakan satu peringatan kepada kita semua.


Semoga kita redha dan sabar dengan ketentuan Allah ini, kemudian kita berusaha membaiki diri dan keadaan kita semua. Mohonlah kepada Allah swt agar kita dijauhi dari penyakit-penyakit yang merbahaya ini. Dan mohonlah keampunan daripada Allah swt atas segala kesilapan kita selama ini. Semoga kita insaf dan kembali kepada Allah azzawajalla.



Wallahua'lam.


Semoga bermanfaat.







Pekerja Cafe Pun Memakai Mask




Pakailah Topeng Muka ketika hendak ke kuliah. Macho jugak!









































Categories: ,

2 Response for the "Langkah Pencegahan H1N1 di UTP"

  1. anuar_za says:

    nice job gen

  2. hehe.. pabila lensa sudah bergerak, habis ler semua orang ditangkap.. :)