Sebuah Perkongsian

Hasil Karya Abu Muhammad Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha

  • Selamat Datang ke Blog Saya. Semoga Sebuah Perkongsian ini memberi manfaat kepada kalian semua. Semoga berguna di dunia dan di akhirat

    Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Ini

Pendakwah Pemaki Hamun

Posted by Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha On 9:59 PG 6 komen

Oleh A.Humaizi

Pernahkah anda terjumpa dengan pendakwah yang suka memaki hamun?
Ya, saya pun biasa menjumpainya. Kita nampak mereka biasa menuturkan ayat-ayat Quran dibibirnya, lalu dengan begitu mudah menabur fitnah, mencaci, menyesatkan orang, mengatakan orang lain munafik, tidak kurang jugak yang mengatakan orang lain musyrik dan kafir!

Sikap seperti ini sama seperti sikap puak Khawarij. Pihak Khawarij suka mengkafirkan orang-orang yang melakukan dosa besar. Mungkin di negara kita ini amat jarang sekali kita menjumpai orang mengkafirkan puak-puak lain, tetapi kita sering jumpa dengan orang yang suka label orang lain sebagai "Puak Munafiq"!

Waa, sungguh hebat mereka ini! Sedangkan pada zaman Rasulullah pun, walaupun Rasulullah tahu Abdullah Bin Ubai seorang yang Munafik Tulen, tetapi baginda tidaklah menghebah-hebahkannya kepada sahabat-sahabatnya yang lain. Hanya sahabat tertentu sahaja yang tahu perihal siapakah orang munafik di zaman Rasulullah saw.

Tapi di zaman kita, ada pihak yang begitu mudah mulutnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kononnya nampak 'Islam', tapi hakikatnya penuh dengan sifat kemunafikan. Alasan mereka untuk menghalalkan semua itu adalah "Menentang Kezaliman".

Marilah kita hayati firman Allah yang bermaksud

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya." - (Al-Baqarah : 11-12)

Berhati-hatilah wahai kita semua! Mungkin apa ya
ng kita ucapkan nampak ringan di mulut kita, tapi ianya berat di sisi Allah swt.

Hayati firman Allah swt bermaksud;

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya." (An-Nur: 15)

Dan juga sama-sama kita hayati hadis Nabi saw di bawah ini;

Nabi saw bertanya kepada Muaz Ibn Jabal "Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku (Muaz) berkata: Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lida
hnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.
(HR Tirmidzi - Sahih. Sumber Hadis ke 29 dari kitab hadis 40 oleh Imam Nawawi)

Oleh itu, marilah kita menjadi seorang mukmin yang sentiasa memelihara lidah kita dari berkata perkara-perkara yang tidak sepatutnya diucapkan
oleh seorang muslim.

Semoga bermanfaat.

P/s:

Saja nak share satu gambar sebagai pengajaran. Saya tidak tahulah apa niat sebenar saudara kita seorang ni menulis statusnya seperti ini. Tetapi, menyamakan pihak-pihak tertentu yang semuanya muslim dengan MUSYRIK adalah satu sika
p yang melampau. Wallahua'lam, semoga Allah mengampuni penulis status tersebut.



Categories: , , , ,

6 Response for the "Pendakwah Pemaki Hamun"

  1. salam,

    ana setuju dengan anta. bahkan mengatakan seorang yg berdosa bahawa dia ahli neraka juga perlu berhati-hati.

    Dosa memang membawa seorang ke neraka, tetapi semuanya dengan izin Allah. Jika Allah mengkehendaki orang yg melakukan dosa itu ke syurga, Allah berhak mengubahnya saat2 akhir.

    Oleh itu janganlah kita pandai melabel orang. 'kita adalah pendakwah dan bukan penghukum'

  2. Terima kasih atas komen...

  3. nara says:

    apekah hukumnya mempersendakan hukum Allah?adakah terjatuh iman seseorang itu?bagaimana pula dengan memperlekehkan sunnah Rasulullah?

    kenapa tidak dibicarakan disini?

    Abdullah bin Ubai adalah munafik,kalau sebab tidak di hebahkan bagaimana anda tahu beliau munafik?
    bagaimana anda boleh katakan hanya sahabat2 terdekat sahaja yang diberitahu walhal kita di hari ini pun tahu.

    sebagai inginkan penjelasan.
    terima kasih.

  4. Kepada saudara/ri Nara,

    Ya saya setuju dengan Nara tentang orang yang memperlekeh hukum Allah dan sunnah rasul perlu diperbincangkan juga, tetapi apa yang saya arisekan adalah sikap sesetengah pihak yang suka memaki hamun.

    Janganlah disebabkan satu teguran itu terkena batang hidung kita sendiri lalu kita mengungkit kesalahan2 orang lain demi menutup kesalahan kita. Paling kurang pun, terimalah teguran jika ada kebenaranya.

    Ya Abdullah bin Ubai merupakan ketua munafiqin ketika zaman nabi. Ternyata nabi saw tidak menghebahkan kepada para sahabat tentang kemunafikannya.

    Ya berita itu memang sampai kepada kita, melalui riwayat-riwayat yang sahih dari Nabi saw. Ternyata hukuman itu datangnya dari Nabi saw. Adakah kita pada zaman ini benar-benar mengetahui si fulan adalah munafik? Atau kumpulan si fulan juga adalah munafik? Jauh sama sekali!

    Sikap suka melabel ini tidak lebih adalah sikap golongan khawarij yang suka mengkafirkan orang islam lain!

    Janganlah anda menyamakan hadis2 tentang munafiknya Abdullah bin Ubai sebagai satu hujah untuk anda menghukum seseorang munafik lalu menghebahkan kepada umum bahawa si fulan adalah munafik! Boleh jadi, jika salah tuduhan anda, dosa itu boleh jatuh kepada diri anda sendiri. Semoga kita muhasabah diri kita ini.

    Wallahu'lam.

  5. Salam gen,

    Aku suka artikel yg ni. Aku pun sependapat dgn ko, segelintir orang yang gelar kan diri nya sebagai pendakwah tapi tak peduli kan aib orang yang dilabel kan jahat. Setiap orang Islam memang kene pikul tanggungjawab dakwah.

    Walau pun Ilmu agama aku tak seberapa, aku sentiasa cuba contohi dakwah rasul SAW yang tak pernah memalu kan orang lain.

    Ko terus kan tulis artikel best2, upload gambar pon, upload yg best2. Semoga berjenis manusia rasa best bile bace blog ko hahaha

  6. Terima kasih kepada nuriman. Semua manusia menginginkan satu nafas baru dalam dunia dakwah ila Allah ni. Mereka telah kecewa dengan sikap2 pendakwah yang melampau. Kerana itu mereka suka kepada golongan yang pertengahan. Insya-Allah sama2 kita mengkaji dakwahnya para Rasul dan sahabat mereka. Semoga kita bersama-sama berada di jalan mereka.