Sebuah Perkongsian

Hasil Karya Abu Muhammad Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha

  • Selamat Datang ke Blog Saya. Semoga Sebuah Perkongsian ini memberi manfaat kepada kalian semua. Semoga berguna di dunia dan di akhirat

    Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Ini

Prinsip Menilai Kebenaran - Jawapan Kepada Komen Blog Hadi

Posted by Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha On 12:08 PG 3 komen

Oleh A.Humaizi

Berikut adalah komen saya berkaitan komen2 di blog hadi http://abdulhadialias.wordpress.com/2008/09/21/baca-ni/

Assalamualaikum..
Posting hadi kali ni mungkin agak kontroversi sebab mengaitkan pimpinan PAS dan Keadilan di mana kesemua pimpinan tersebut terdapat pengaruh di dalam diri penyokong dan pengikut mereka.

Apa pun, saya tidak mahu mengulas isu tersebut. Tapi ingin mengulas PRINSIP dalam menilai kebenaran.

Agama ini (Islam) didirikan di atas hujah. Disebabkan itu, Allah menurunkan Al- Quran kepada Nabi SAW untuk mematahkan segala tohmahan orang2 kafir. Oleh kerana itu, kebenaran itu diukur di atas hujah, bukan diukur pada INDIVIDU tertentu.

Selaku manusia yang berakal sihat, sudah tentulah kita disuruh untuk berfikir dan menganalisis sesuatu maklumat. Kemudian ditimbang dengan neraca ilmu, BUKAN DENGAN NERACA TAQLID !! Walaupun TAQLID terhadap Tokoh2 tertentu!

Kalau hendak di kira pemimpin yang ada sekarang ini, sudah tentu, mereka TIDAKLAH LEBIH BAIK DARI AMIRUL MUKMININ UMAR AL KHATTAB. Sedangkan Umar sendiri pun menyuruh rakyatnya membetulkannya jika dia salah. Inikan pula, pemimpin yang ada pada zaman ini, maka lebih2 lagilah, mereka perlu dibetulkan jika ada pendapat mereka yang salah..Apa pun, CARA MESTI BETUL... (rujuk artikel saya "Perbezaan berdakwah kepada pemerintah (pemimpin) dengan rakyat biasa)" di http://humaixi.blogspot.com .

Selaku orang yang berakidah dengan akidah yang murni dan bersih. Kita sewajibnya tidak menisbatkan kebenaran ke atas tokoh2 tertentu melainkan kepada dalil Quran dan Hadis Nabi SAW. Kebenaran itu mestilah dengan hujahnya.

Kerana itu, ada satu ungkapan Arab yang bermaksud, "Kebenaran itu dikenali BUKAN kerana TOKOH, Tetapi TOKOH itu DIKENALI kerana KEBENARAN yang dibawa"

Oleh itu, sesiapa sahaja yang berhujah dengan menyandarkan "Guru kami kata begini" , "Adakah anda lebih baik dari sifulan" dan yang sewaktu dengannya maka, orang seperti ini sangat tebal TAQLIDnya berbanding BUDAYA ILMU YANG DIMILIKI kerana mereka sendiri tidak mampu berhujah dengan dalil dan alasan yang kukuh, mereka hanya pandai ikut tokoh2 tanpa meneliti dan menganalis. (wallahua'lam)

Oleh itu, sebagai pendakwah, umat Islam sepatutnya melepaskan diri dari kepompong TAQLID ini, mereka harus mewujudkan budaya ilmu dengan membanyakkan bacaan, perbincangan, berfikir, mengkaji dan sebagainya. Insya-Allah, dengan adanya budaya ini, para pendakwah akan lebih dihormati kerana ketinggian ilmunya, sebaliknya, jika bercakap pun hentam keromo, maka begitu jugalah budaya ilmunya, MAIN HENTAM juga laa...

Wallahua'lam..

Sebarang komen, sila hantar ke humaixi@yahoo.co.uk
TQ
Wassalamualaikum.

Categories:

3 Response for the "Prinsip Menilai Kebenaran - Jawapan Kepada Komen Blog Hadi"

  1. Unknown says:

    assalamualaikum..

    alhamdulillah, nice post..
    satu cadangan ana, mtk nta tlg tny ulama' yg nta thiqah berkenaan perbezaan muqallid and mujtahid dan pembahagian jenis2 muqallid untuk menjelaskan penerangan dalam isu yg diutarakan ini..

    Wallahua'lam

  2. Yup. Perlu perjelas berkenaan mukhallid dan mujtahid

  3. MS Rizal says:

    Salam,

    Jika kita mahu membedah pelbagai kejumudan pemikiran di dalam kelompok orang berpolitik di Malaysia pastinya kita akan banyak kecacatan yang boleh disingkap. Manusia tidak sempurna, hanya perlu rendahkan sedikit keegoan untuk mengakuinya.

    Kadang-kadang tingkahlaku atau pendapat mereka menjadi duri di dalam daging kerana mereka bukan masuk ke dalam kancah ini atas pintu tarbiyah. Jika mereka masuk di atas pintu tarbiyah pastinya soal ini dapat ditidakkan secara rasional. Kerana tarbiyah tidak pernah mengajar individu taksub pada murobbinya mahupun Ulama-ulama'nya kecuali hanya kepada Rasulullah SAW.

    Sekadar pandangan...