Sebuah Perkongsian

Hasil Karya Abu Muhammad Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha

  • Selamat Datang ke Blog Saya. Semoga Sebuah Perkongsian ini memberi manfaat kepada kalian semua. Semoga berguna di dunia dan di akhirat

    Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Ini

Pakar Matematik

Posted by Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha On 3:09 PTG 4 komen

Oleh A.Humaizi

Pada 24 April lepas yakni hari Jumaat, saya dan sahabat saya si Nazri pulang ke Perak. Saya pulang ke Lumut, rumah keluarga tersayang, manakala si Nazri pula pulang ke rumah ibu angkatnya di Tronoh.

Semasa berjalan di Hentian Pudu Raya menuju platform 3, saya ternampak seorang pakcik berjubah dengan membawa troli yang penuh dengan kertas-kertas kajian matematiknya. Pada baju pakcik tersebut, tertampal kertas bertulis "Me Layu kan Matematik" dengan dihiasi daun-daun yang layu di sekeliling kertas tersebut.



Dalam hati saya terdetik, "Haa pakcik ni!", Kemudian saya berkata kepada Nazri, "Dia la pakcik yang mengaku 'Ketua Saintis Dunia'.

Kemudian, saya pun mencabar Nazri untuk tegur pakcik berkenaan dan bertanya dia tentang hal-hal matematik. Tapi Nazri tak yakin, sebab gaya pakcik tersebut seakan-akan orang yang 'tak betul'.

Disebabkan kali ini sudah 3 kali saya bertemu dengan pakcik ini, maka saya tahu, apa yang special pada pakcik ini. Lalu, saya pun menegur pakcik ini lalu meminta beliau menunjukkan formula matematiknya kepada si Nazri.

Boleh kata, semua orang asyik memandang kepada kami disebabkan kami bercakap dengan 'orang gila'. Tapi kami minta juga pakcik tersebut bercerita tentang konsep matematiknya. Semasa pakcik tersebut memberi 'kuliah'nya, tiba-tiba semakin ramai orang mengerumuni kami. Waa, rupanya ramai yang berminat dengan penjelasan matematik pakcik ni.

Satu demi satu konsep matematiknya diperjelaskan kepada kami. Yang menariknya, pakcik tersebut mengolah cara fikir menggunakan otak kanan untuk mengira. Kebiasaannya, orang akan menggunakan otak kiri untuk berfikir. Maka disebabkan itu, cara fikir matematik pakcik tersebut nampak kreatif dan tak terfikir oleh orang biasa.

Nazri yang pada mulanya tak percaya dengan 'Ketua Sains Dunia' tersebut akhirnya beriya-riya nak bertanya lebih kepada pakcik berkenaan. Haa baru dia tahu kelebihan pakcik berkenaan.

Di akhir-akhir perbincangan kami, saya ada bertanya kepada pakcik berkenaan, 'kenapa pakcik buat kerja-kerja macam ni, orang nampak pakcik macam orang gila'.

Pakcik tersebut sebenarnya ingin mencabar orang-orang di sekelilingnya supaya bertanya kepadanya tentang hal matematik. Beliau mahukan orang-orang yang bergelar 'profesor' mencabar beliau menunjukkan formula matematiknya. Waa sungguh besar jiwa pakcik ini.

Jika para pembaca biasa membaca buku Mastika, memang pakcik ini pernah ditulis ceritanya di dalam buku tersebut.

Insya-Allah, sesiapa yang ingin tahu apakah formula sifir yang di ajar oleh pakcik berkenaan, bolehlah bertanya kepada saya atau Nazri. :) . dan sekiranya anda bertemu dengan beliau, janganlah malu-malu untuk bertanya, silakan mendekati golongan seperti ini. Boleh jadi orang seperti ini kelihatan seperti orang gila, tetapi terdapat kelebihan yang Allah hendak berikan kepadanya.

Wallahua'lam. Semoga pakcik tersebut terus berfikir dan diberi oleh Allah kekuatan dan kesihatan fizikal dan mental. Amin.

Categories:

4 Response for the "Pakar Matematik"

  1. benut says:

    aku dah jumpe pakcik ni kat masjid negara...aku ade buku die.... pkck ni mmg sgt kreatif....

  2. hehe.. merata pakcik ni travel..

  3. oh.. pak cik ni. aku pun selalu nampak. tapi tak pernah lagi tegur. apa buku dia tu?

  4. Unknown says:

    saudara pengarang, nama saya Rizal dari GPMS. sudah lama saya ingin bertemu dgn pakcik ni..tp xberkesempatan... saudara ada x no telefon dia.. saya nak hubungi dia utk dptkan advice dia... saudara boleh emailkan kepada saya rizz_inkays@yahoo.com.. kerjasama saudara adalah sgt2 saya hargai...