Sebuah Perkongsian

Hasil Karya Abu Muhammad Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha

  • Selamat Datang ke Blog Saya. Semoga Sebuah Perkongsian ini memberi manfaat kepada kalian semua. Semoga berguna di dunia dan di akhirat

    Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Ini

Agamawan yang meng ‘sekular’ kan agama

Posted by Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha On 7:04 PTG 0 komen

Agamawan yang meng ‘sekular’ kan agama


Seringkali apabila kita berbicara tentang sekularisme,kita akan menyebut tentang betapa bangsatnya Mustafa Kemal Attarturk yang mencanangkan konsep sekularisme sebaik sahaja Sultan Abdul Hamid, Khalifah Islam yang terakhir.Namun begitu,bukan Turki sahaja yang sekular,bahkan di negara kita sendiri pun,bahkan sikap sestengah agamawan(baca:Ustaz,Da’ie,Ustazah) yang mensekularkan kita.

Tak percaya?baiklah saya berikan situasi yang pertama:

“Imam,boleh tak kalau kita gantikan kuliah agama ni dengan kuliah kesihatan sekali-sekala,biar ada kelainan sikit”,cadang seorang makmum kepada imam masjid X.”Eh,hang gila ka cakap menda dunia dalam masjid?”,balas sang imam,terkaku para jemaah…
Siapa yang sekular,Imam atau makmum?.

Situasi2:

“eh,apahal ngan mamat tu,sibuk-sibuk je bagi tazkirah,bagi kuliah, dia bukan ustaz pun,kerja kat Telekom je,”Rungut seorang ustaz di surau Y pula.

Ya,inilah situasi yang lazim berlaku di Malaysia.Kita sebenarnya terkadang lebih sekular daripada Turki.Walhal apa salahnya kita mengintegrasikan perkara-perkara ‘dunia’ dalam agama?ALLAH ‘Azza wa Jalla telah mengajarkan kita sedemikian.Tak percaya?Lihat ni:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."

Allah menyuruh kita ISLAM keseluruhannya,bukan sebahagiannya.Maka siapakah kita nak mengasingkan urusan agama dan urusan dunia?Apakah urusan dunia kita,kita bebas semau kita tanpa perlu akan peraturan dari yang Maha Esa?

Jadi,
Kita mestilah ISLAM dalam urusan kehidupan kita

Kita mestilah ISLAM dalam urusan rumahtangga kita

Kita mestilah ISLAM dalam urusan jual-beli kita

Dan ISLAM dalam seluruh perkara.

Jangan hanya melihat agama dari perpekstif yang sempit,akibatnya agama akan jadi milikan eksklusif sesetengah pihak sahaja.

Maka:

ISLAM hanya milik Ustaz

ISLAM hanya milik Kiyai

ISLAM hanya milik Ustazah

ISLAM Hanya Milik Da’i

ISLAM bukan untuk selain yang di atas……

Akhirnya penghujung agama kita akan jadi saling tak tumpah seperti agama-agama samawi lain,hanya dimonopoli oleh para Rahib-Rahib,Pendeta-Pendeta dana Rabbi-Rabbi,justeru di mana kesudahannya?Fikir-fikirkan dan selamat bertindak!!!

Sumber: www.bicaraad-din.blogspot.com

Categories:

0 Response for the "Agamawan yang meng ‘sekular’ kan agama"