Oleh A.Humaizi
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Sejak kebelakangan ni, aku lihat ramai dikalangan sahabat2ku yang sibuk. Sibuk dengan assignment, dengan meeting dan kerja2 duniawi lain.
Dan kerana kesibukanmu itu, kadang-kala aku melihat engkau melewat-lewatkan solat mu walaupun engkau sudah dengar azan telah berkumandang. Malah, telah jelas dalam komputermu, telah masuk waktu solat, dan kedengaran pula azan berkumandang dari speaker di komputer mu. Apakah engkau tidak tahu waktu solat telah tiba??
Tapi engkau masih lagi terus dengan kerjamu, masih lagi dengan assignment mu, masih lagi dengan friendstermu, masih lagi dengan game mu. Wahai sahabat, tidakkah kau tahu waktu solat telah masuk?
Wahai saudaraku, aku teringat firman Allah dalam Surah Al-Ma'un ayat ke 4 dan 5 yang bermaksud.
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya"
Tahukah engkau apakah maksud 'lalai dari solat' ?
Para ulama tafsir menyatakan, ianya bukanlah tidak khusyuk dari solat, kerana, adalah mustahil bagi semua orang yang bersolat dapat khusyuk 100% dalam solatnya. Tetapi yang dimaksudkan "lalai dalam solat" itu ialah apabila engkau melewat-lewatkan solat. (Sumber: Kuliah Tafsir Surah Al-Ma'um Oleh Ust Zahazan di IKIM.FM)
Wahai para sabahatku, renungkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yg bermaksud;
"Barangsiapa bersembahyang tepat pada waktunya dengan melengkapkan wuduknya, menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya, maka sembahyang itu dinaikkan ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Sembahyang itu berkata; "Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku". Tetapi barangsiapa yang bersembahyang tidak di dalam waktunya yang ditentukan dan tidak melengkapkan wuduknya serta tidak juga menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya, maka sembahyang itu naik ke atas dalam keadaan hitam legam sambil berkata; "Semoga Allah menyia-nyiakan dirimu sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku". Selanjutnya setelah sembahyang itu berada di suatu tempat sebagaimana dikehendaki Allah, ia dilipatkan sebagaimana dilipat baju yang koyak, kemudian dipukul kepada muka pelakunya"
(Riwayat Baihaki dan Thabrani)
Wahai orang yang beriman dan orang-orang yang sama-sama mencari keredhaan Allah dalam kehidupannya, nasihat ini ku tujukan kepada diriku dan kepada dirimu jua.
Sama-samalah kita membaiki amalan solat kita, kerana solat itu tiang agama.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agamanya, barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agamanya"
Oleh itu wahai saudara-saudaraku sekalian, sama-sama kita bina tiang agama yang kukuh lagi kuat, dengan menjaga solat diawal waktu, meningkatkan tahap khusyuk dalam solat, menyempurnakan rukuk dan sujud dalam solat. Semoga amalan solat kita diterima disisi Allah swt.
Semoga nasihat ini berguna untuk kita semua. Wallahua'lam.
Rumah Tangga Tidak Mesti dengan Cinta
Sehari yang lalu
0 Response for the "Wahai Orang yang Beriman, Awalkan Solatmu"
Catat Ulasan