Sebuah Perkongsian

Hasil Karya Abu Muhammad Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha

  • Selamat Datang ke Blog Saya. Semoga Sebuah Perkongsian ini memberi manfaat kepada kalian semua. Semoga berguna di dunia dan di akhirat

    Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Ini

Ulasan Ceramah Brother Shah Kirit (Pengubahsuaian di dalam agama)

Posted by Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha On 11:42 PTG 3 komen


Oleh A.Humaizi


Selepas maghrib tadi, saya mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh Brother Shah Kirit di Masjid UTP. Memang menarik perkongsian beliau. Ternyata, apa yang disampaikan oleh beliau sangat bermanfaat kepada pendengar-pendengar supaya lebih membuka fikiran dalam hal ehwal agama dan tidak hanya bertaqlid buta dalam mempercayai dan mengamalkan agama ini.


Brother Shah Kirit banyak kali menyebutkan tentang penyelewengan agama-agama dari sumber asal mereka iaitu kitab-kitab rujukan mereka. Disebabkan adanya modifikasi (pengubahan) di dalam agama, maka agama-agama yang ada di dunia ini menjadi tidak benar dan terseleweng dari sumber aslinya. Maka disebabkan itu, ajaran asal bagi sesuatu agama itu adalah menyembah Tuhan yang satu, dan disebabkan adanya penambahan dari manusia, maka kita melihat, ada agama-agama yang menyembah patung, pokok, manusia dan sebagainya.


Bila saya mendengar kata-kata Brother Shah Kirit ini, kata-katanya memang tidak lari dari prinsip Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang sangat-sangat menentang keras bid'ah di dalam agama. Yang dikatakan bidáh di dalam agama ini adalah sesuatu yang baru di dalam urusan ibadat kepada Allah yang tidak pernah ditunjukkan oleh Nabi sallahua'laihiwassalm dan dari Quran.


Ya, Nabi sallahua'laihiwassalam selalu memperingatkan tentang bahaya bid'ah sehingga baginda mengatakan setiap bidáh itu sesat, dan setiap yang sesat itu di neraka. Tetapi malangnya ramai yang tidak mengerti erti sebenar bid'ah. Lalu, disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan tentang bid'ah ini, mereka lebih suka menentang orang yang memerangi bidáh walhal mereka bersetuju tentang faktor kesesatan sesuatu agama itu disebabkan adanya pengubahsuaian di dalam agama tersebut. Dan lebih malang lagi, walaupun mereka tahu, kerosakan pada agama-agama lain itu disebabkan pengubahsuaian di dalam agama, sayang sekali, mereka pula secara tidak sedar telah menjadi tekong-tekong dalam melakukan hal-hal yang baru di dalam agama Islam. Rupa-rupanya, mereka juga telah menjadi perubah-perubah agama Islam ini!


Ketahuilah wahai saudaraku, keselamatan itu adalah, apabila kita mengamalkan apa yang ditunjukkan oleh Nabi sallahua'laihiwassalam dan meninggalkan apa yang tidak dilakukan oleh beliau yakni dalam urusan agama. Oleh itu, hendaklah setiap daripada kita ini memeriksa sama ada amalan kita di dalam agama ini benar-benar sesuai dengan petunjuk Nabi sallahua'alaihiwassalam atau tidak.


Di dalam solat misalnya, adakah benar kita merapatkan saf seperti yang Nabi sallahua'laihiwassalam ajarkan kepada para sahabatnya? Cari bertakbir, cara rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaannya, pernahkah kita meneliti amalan kita itu sesuai dengan petunjuk Rasul? Di kala berzikir, pernahkah Nabi menjaharkan bacaan zikirnya setiap masa sehingga mengganggu orang lain ingin melakukan ibadat? Di dalam bertauhid, adakah Nabi mentakwil sifat-sifat Allah? Wahai saudaraku, carilah jawapan-jawapan ini!


Jika anda telah mengetahui tunjuk ajar Nabi sallahua'laihiwassalam, mungkinkah ada pilihan lain bagi anda untuk mendapat petunjuk? Jika ada, adakah mereka itu benar-benar mendapat jaminan pembelaan dari Allah di akhirat kelak?
Katakanlah wahai saudaraku,"Cukuplah Allah dan Rasul sebagai petunjuk bagi kami! Apabila datangnya dalil dari Quran dan Sunnah yang sahih, kami akan mendengarnya dengan khusyuk dan merendah diri. Kami tidak akan mendahulukan kata-kata sesiapapun di hadapan kalam Allah dan hadis Rasulullah. Kami menganggap, apabila kami mendengar hadis Rasulullah, kami merasakan kami mendengar secara lansung dari Nabi sallahua'laihiwassalam. Dan tidaklah ketika itu kami berani membantahnya. Kerana hadis-hadis yang sahih dari baginda juga merupakan wahyu dari Allah. Lalu kerana itu, tiadalah perkataan lain bagi kami untuk berkata kecuali, kata-kata "Kami dengar dan kami taat"

Semoga kita membersihkan diri kita dari syirik, khurafat dan bidáh di dalam amalan kita seharian. Kerana dengan terhindarnya seseorang dari penyakit-penyakit tersebut, akan menyelamatkannya di dunia dan di akhirat.


Wallahua'lam.


Semoga bermanfaat.

Categories: , , , , , ,

3 Response for the "Ulasan Ceramah Brother Shah Kirit (Pengubahsuaian di dalam agama)"

  1. 5y4k1rz says:

    Kepada Penulis:

    Saye setuju! =)

    Cadangan tambah nilai; sebaiknya biar ada jami' mani' nya ya... x cukup sekadar benar, mesti jg kelihatan benar. maksudnya, benar yg akhirnya menghilangkan keraguan. bukan benar yg bisa diragukan/dipertikai. baru mantop! =p


    Kepada pengunjung:

    dlm benar, x salah utk berpihak, tp tidak pula sampai menggugat kebenaran yg lain. anda suka jus dn x suka minum susu? xpa, tp jgn kata susu x sedap dan paksa org lain utk x minum jg (utk kes susu halal...hehe).

    "org cerdik bkn sekadar tahu beza antara baik dn buruk. tp mampu kesan yg lebih baik drpd 2 kebaikan dn yg lebih buruk drpd 2 keburukan"

    demikian jg hal kebenaran. apabila benar lebih dr satu, kesanlah yg lebih benar dan tidak pula sampai mencemuh kebenaran yg lainnya.

    Sederhana adalah jalan kita.
    "Gong-Xi 2x!!" =p

    Wallahua'lam. Semoga Allah ampuni saya dan kita semua.

  2. Tanpa Nama says:

    ana bersetuju dengan pendapat enta.

    bidáah dari sudut agama adalah larangan sama sekali..dan isu semasa sekrang ini..seperti sambutan maulud nabi di Kelantan tiada perarakan maulud diadadakn dan pada zaman nabi juga tiada perarakan sebegitu rupa..bnyak juga khilaf yang menyatakan hari kelahiran nabi. tetapi yang penting, sunnah2 beliau yang shahih sebenarnya perlu kita tegakkan...supaya tulisan enta sentiasa bermnfaat kepada pembaca..=)

  3. Alhmadulillah, nampaknya kerajaan kelantan berjaya menzahirkan bahawa perarakan maulud nabi tiada asal di dalam agama. Dan sudah tentu, ada juga ust2 di dalam pas sendiri yang akan mengkritik pentadbiran PAS kelantan yang menghalalkan perarakan maulud nabi.. Wallahua'lam, dalam masalah ini sbnarnya jelas jika kita lihat dari sudut agama. tapi dari sudut politik di Pulau Pinang, mungkin perlu di lihat dari aspek lain. Jika kerajaan Pulau Pinang menghalang perarakan maulud disebabkan ianya Bidáh, maka saya sokong 100%.... tapi kalau menghalang perarakan disebabkan alasan selain itu, mungkin byk perkara yang boleh dipersoal tentang keputusan kerajaan PP.

    Wallahua'lam.