Di dalam Islam, kita disunnahkan untuk menyampaikan salam kepada pihak ketiga seperti yang biasa diamalkan oleh kaum muslimin dengan berkata, “Sampaikan salam saya kepada si fulan”. Biasanya pihak yang kedua akan menyampaikan salam tersebut kepada pihak ketiga dengan mengatakan, “Si fulan menyampaikan salam kepadamu”, lalu orang yang ketiga akan menjawab dengan ucapan, “Waalaikummussalam warahmatullah hiwabarakatuh”
Dari Aisyah r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku: “Ini Jibril datang membacakan salam kepadamu.” Aisyah berkata: “Aku mengucapkan: Wa’alaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh”. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari hadis sahih tersebut menunjukkan bahawa, mengirim salam seseorang sudah cukup dengan lafaz, “si fulan menyampaikan salam kepada awak” atau “si fulan kirim salam kepada awak”. Tidak pula disebutkan di dalam hadis, Nabi s.a.w bila menyampaikan salam seseorang beserta dengan lafaznya seperti, “Si fulan menyampaikan salam kepadamu dengan lafaz Assalamualaikum”. Ini bercanggah dengan hadis yang disebutkan di atas di mana, Nabi saw menyampaikan salam dari JIbril kepada Aisyah hanya dengan menyebutkan ‘salam’.
Oleh itu, sebagai seorang muslim yang benar-benar menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan, hendaklah kita mengikuti cara Nabi saw ketika menyampaikan salam kepada pihak ketiga. Tidak perlulah menambah-nambah dengan lafaz “Assalamualaikum” dalam menyampaikan salam kepada seseorang. Cukuplah Rasulullah sebagai contoh tauladan kepada kita semua.
Adakah salah menyebut “Assalamualaikum”
Tulisan ini bukanlah berniat untuk menyatakan perbuatan itu salah, tetapi sebagai seorang mukmin yang mengaku mencintai Nabinya SAW pasti akan mengutamakan Nabi saw dalam menjadi contoh tauladan dan ikutan kerana Nabi saw lah contoh tauladan yang terbaik berbanding manusia-manusia lain di dunia ini. Oleh itu, untuk mengeluarkan kita dari keraguan dalam beramal, hendaklah seseorang itu mengikut dalil-dalil yang jelas dari Nabi saw di dalam beramal.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum..
- Xde ke team IT yg rekod setiap pengajian/kuliah. kalo dpt mp3 pun ok dah. kalo ade share la dlm blog ni. free donlod. kalo dpt video lg best..
p/s: - Sampaikan salam ana kepada bakal zaujah nta deh.. hehe
wsalam..
actually kami ada buat rakaman. cuma tak diupload aje lagi, insyaAllah kami akan upload nanti. team media islamica akan uruskan.
p/s- zaujah? ahah.. doa2kan ler ana cepat kawin mcm nta.. hehehe.
ada juga yg saya dengar dalam ceramah yg mana Rasulullah menyuruh salah seorang sahabat menyampaikan "asSalamm" kepada seorang sahabat yg sedang nazak di medan perang. x silap nama yg tgh nazak tu anas dan beliau menjawab salam nabi yg dikirim tu dengan jawapan waalaikum-mussalam. WA. nice post! :)